LoVe QuOtEs Of ThE dAy

Feb 10, 2012

isu pekerja KFC vs Customer "Yang Tak Bersalah"..

Isu customer nak kena hambar dgn pekerja kfc itu dgn tiba2 jadi popular. Bukan hangat kerana perbincangan sociology, ia lebih berbau perkauman, defensive dan bias.


Yg benci kfc buka mulut. Yg anti cina tuding2. Yg pantang melayu tunjuk2. Yang cina backing melayu. Yg melayu backing cina. Yang peniaga kata customer. Yg customer kate peniaga.


Macam2 hal.


Kesimpulan yg paling muktamad, bagi aku adalah ini:
Duit bukan lesen kau nak jadi raja.

Tak kiralah bangsa apa, jenis apa. Asal pergi ke kedai dgn duit, kita selalu rasa kita maharaja. Meja tak sempat lap-- sambil terjingkit2 kau juih2kan geli. Tunjuk sgt kau pembersih mcm kau makan tak bersisa langsung. Kalau order tak sampai2, dia punya bengis-- ya rasulullah...! Mcm hak kerakyatan di revoke tanpa alasan.

Kawan2 kiri kanan pun naik segan. Kalau tegur, jawapan pasti dia "eh, kita bayar dia. Kita ada hak".

*tujal kepala sendiri*
Ni. Otak ni. Cuba pakai.

Setakat sepinggan 6 ringgit, tak usah bisinglah kau punya duit. Apa punya manusia la sampai ini macam cara kita layan sama2 manusia.

Pelik.
Bila tengok pakcik buta main muzik tepi jalan masa jalan2 dgn bopren reti pulak dia cakap "alaaa.. Kesian..." Pulak. Ada kasta? Sebab dia buta?

Habis? Org2 yg kerja cari makan mcm mana?
Tak layak dikesiankan ke mereka?

Ye. Aku tak nafikan ada pekerja yg mmg mcm celaka. Tapi di banyak masa, pekerja2 tu mengumpullllll je panas hati. Mungkin nasib yang terkena la jadi ten cent too many.

Pernah fikir kerja sejam dua STRAIGHT dpn panas api? Kita yg kerja dpn pc ni boleh la berlagak. Dalam aircond. Setakat buat kerja serius 20 minit, ganti main fesbuk 10 min selang2. Cuba rasa kerja amanah-- straight. Boleh?

Aku sungguh lah bersyukur dtg dari keluarga orang boleh dikatakan agak senang, tapi ayah aku pernah pesan..walaupon hang dari keluarga yang senang tapi kena ingat, duit tak menjamin segala-galanya. ingat orang yang lebih susah dari kita.

Sebab aku rasa, manusia2 yang sungguh2 bongkak dalam dunia ni BUKANLAH org yg betul2 kaya. Yg ria' semuanya yg dlm proses nak jadi kaya. Sbb dia nak org tau yg dia kaya.

Something about " i have to prove to the world that i exist i. This world ".

Aku tak bercakap pasal video kfc bodoh tu.
Jd tak perlu bahas pasal itu.
Tak berminat pun.

Aku cakap pasal customer yg rasa dia maharaja semata2 dia bayar kita buat kerja.

Kami, miskin mana pun, kami bukan hamba.
Kami ada anak isteri.
Kami perlu jaga maruah yang ada.

Dan yg paling pasti--
Bukan utk saudara2 pijak2 utk setakat seringgit dua.

Allah-- hua akbar!
Dia.
Bukan duit kau.

No comments:

Post a Comment